Assalammualaikum....
Rasanya sgt lama tak update blog ini..terlalu banyak peristiwa2 yg berlaku lately...sampai tak sempat nak update blog..cewah...bz mgalahkan menteri, tp mmg byk yg berlaku, samada yg di plan or yg tidak di plan berlaku.
Antara perkara besar yg berlaku mcm berhenti kerja : dah x keje lg skrg, duk umah jadi surirumah tgga berijazah sepenuh masa..:), pilihanraya : terlalu hot & spicy, mcm2 bende yg di luar jangkaan berlaku,mmg pening if nak pikir psl politik, tak kisah la janji sy i bukanla seorang pengikut parti politik yg xstrem pon..heee, and paling lates and sgt menganggu emosi adalah adik no 3 excident : ya allah, sesuatu yg sgt tidak dijangka and mengejutkan semua org, adik yg sepatutnya sambut besday die pd 14 mei dgn hepy berakhir di hospital HTAA, sgt2 ngeri, jika difikir logik mgkn dia sudah 'tiada; tp alhamdulillah dengan semangat dia yg sgt kental, dia selamat namun msh di ICU. Dengan keadaan usus yg telah terkeluar ( 3 kebocoran pd usus, sebelah kaki ( paha + betis ) patah, jari tangan patah, kening terkoyak, and pundi kencing jugak terkoyak..namun setelah melalui pembedahan hampir 8 jam akhirnya dia selamat..alhamdulillah..
Kuasa Allah tiada siapa dpt menjangka and menidakkanya, sy yakin segala apa yg terjadi ini ada hikmah disebaliknya..walalupun adik mgkn akn mgalami cacat kekal namun sy yakin dia masih mampu hidup normal spt org lain...apa yg paling ketara yg sy nmpk dr apa yg jadi ni adlh hubungan kekeluargaan yg semakin rapat, saudara mara yg datang melawat and membantu dr segi wang ringgit and sokongan moral. Dan kat sini jugak sy dpt nampak siapa yg datang waktu kita susah and siapa yg hanya datang pd waktu kita senang..manusia mcm2 perangai..bersama seharian pon xsemestinya akn bersama kita dikala kita dlm kesusahan..
Moralnya yg sy dpt dr semua apa yg dah jadi skrg adalah sabar and redha dengan semua kejadia yg telah allah plan, sesungguhnya plan allah adlah plan yg terbaik dr segala plan manusia..setiap apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya, cuma bergantng kpd induvidu bagaimana utk dia menerima segala ketentuannya. mmg kadang2 apa yg berlaku sukar untuk diterima namun percayalah bahawa allah tidak menguji umatnya dengan cabaran yg tidak mampu dia hadapi..and segala perkara yg terjadi ternyata buat sy menjadi lebih matang and berfikir panjang..bg sy sendiri mmg kadang2 bila berhadapan dgn masalah, sy akan myalahkan takdir and myalahkan org2 sekeliling..tp bila difikirkan balik, dia sebenarnya bermula dr diri sendiri..betul, kdg2 perkara yg tidak dijangka akn terjadi, mcm apa yg menimpa adik sy baru2 ni, tp tu semua cabaran utk dia and kami semua utk menghadapi masalah ni dgn tenang and sabar..
Memang sedih and terasa berat utk pikul semua masalah yg tejadi, tp harus sentiasa ingat bhw allah sentiasa ada utk membantu and memberi jalan yg terbaik utk semua...sy manusia biasa yg sentiasa mengeluh, merungut bila terjadi perkara2 yg tidak baik, tp sebenarnya perkar itulah yg buat sy menjadi manusia yg lebih matang..alhamdulillah setakat ini masih mampu utk mengatasi segala masalah yg dtg and berharap akn terus menjadi manusia yg sentiasa bersyukur and sabar & redha dengan segala yg berlaku..amin...
Semoga semua diluar sana juga akn sentiasa sabar & redha dgn segala yg berlaku terhadap kita..sentiasa berfikiran positif and bersyukur dgn nikmat yg kita nikmati selagi bernafas di atas bumi allah ini...insyaAllah...jaga diri, hiasi peribadi kawan2...xoxo..
No comments:
Post a Comment