Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan utk menulis disini..actly mlm ni xdpt nak tido sgt bcoz td dah minum kopi...rancangan tv pon xberapa nak menarik, so terasa nak berkongsi apa yg tlh sy lalui...bila di lihat pada tajuk di atas, mesti ada yg bertanya knpa nk ckp mcm tu, jwpnnya : Yes, sy kene ckp mcmtu sbb bulan ni genap 2 tahun sy mengenal n hidup sebagai seorang umat islam, masih di kira sebagai seorang mualaf...alhamdulillah,
Tanggal 01 Mac 2011 adlh tarikh yg xdpt sy lupakan, sbb pd tarikh itulah sy telah menjadi seorang umat islam, ianya berlaku secara tidak di jangka, dari kecil sy dilahirkan dlm fmly yg bukan beragama islam, namun kuasa Allah, alhamdulillah 'dia' telah membuka hati sy untuk menjadi umatnya, segalanya berlaku tnpa dijngka, keputusan untuk memeluk agama islam dtg dari diri sendiri, mgkn kuasa Allah telah permudahkan segalanya, so pada 01 Mac 2011 bertempat di JAWI, ditemani oleh sahabat sy Ainul and Khairil ( skrg adlh suami sy ), rasmilah sy sbgi seorang umat Islam...
Sy kongsikan bagaimana sy boleh memeluk agama islam, sebenarnya pada awalnya, sy sendiri tidak tahu mengapa sy begitu tertarik terhadap agama islam, dari zaman sekolah lg sebenarnya, even waktu sekolah sepatutnya bagi pelajar2 bukan islam harus menghadiri kelas pendidikan moral, but sometime sy ponteng kelas p.moral and just stay dlm kelas yg mana ustaz akn mgajar pendidikan islam..heee and mungkin juga masa tu sy berkawan dgn ramai kawan2 melayu...so sedikit sebanyak mempegaruhi sy...
Apa yg sy suka berkaitan islam?? Sy suka islam kerana islam adalah ajaran agama yg sgt suci and 'simple', why sy ckp simple adlh sbb islam itu agama yg istimewa and mudah untuk di fahami oleh sesiapa pon, ia mengajar setiap penganutnya utk menjadi insan yg baik and berakhlak mulia...mmg jika di ikutkan islam itu bukan lah se'seimple'spt yg sy ckp, byk bnda yg harus di pelajari and bukan senang utk menjadi seorang umat islam yg sempurna...tp apa yg sy katakan 'simple' itu adlh kerana jika dilihat pd amalan penganut2 nya shj sesiapa pon dpt lihat bhw ia mgajar setiap org utk berbuat kebaikan, and setiap ajaranya mudah utk diterima oleh sesiapa shj..itu yg sy maksudkan dgn perkataan 'simple'...
Dlm family, hanya sy seorang 'terpilih' utk memeluk islam, and sy berdoa agr ahli family yg lain juga akan turut serta and terbuka hati utk sama2 memilih agama islam sebagai pegangan hidup, insyaAllah...dari kecik hinggalah usia sy 25 tahun, sy tidak megikut mana2 ajaran agama, dlm erti kata lain 'free thinker'..just fikir apa yg dilakukan baik akn di balas baik, buat jahat akn dibalas jahat...itu shj...namun kini alhamdulillah, islam adlh agama sy sekarang...
Ya, sy akui even sudah 2 tahun sy menjadi umat islam, sy belum sepenuhnya faham and mengetahui sepenuhnya ajaran islam, sy masih banyak perlu belajar, masih byk melalukan kesalahan...mungkin ada yg ckp, dah islam, so ikutlah cara islam, betul! tp utk mengubah secara mendadak and berubah 360 darjah agak sukar bg sy, kerana sudah 25 tahun sy hidup tnpa ada sebarang pegangan agama, jadi agk mengambil masa utj sy berubah sepenuhnya,,,
Namun sy bersyukur kerana telah dibukakan pintu hati oleh Allah utk memilih islam even sy bukanlah sepenuhnya mengikut ajaran and amalan yg disuruhnya...tp insyaAllah sedikit demi sedikit and dari semasa ke semasa sy akan menuju kearah itu..and sy sgt bersyukur coz sy mempunyai rakan2 yg byk memberi tunjuk ajar and memberi kata2 semangat utk sy menjadi umat islam yg lebih baik insyaAllah...juga sy sgt bertuah kerana mempunyai family yg sgt2 memahami sy, malah dorang pun nasihatkan sy utk menjadi seorang umat islam yg sebaiknya..
Bukan tiada halangan, ada...namun ianya tidaklah sehebat bg sesetangah mualaf lain, sy sgt bertuah kerana family masih boleh menerima sy dgn sebaiknya, byk yg kita dgr jika seseorang memeluk islam, dia akn di sisihkan oleh family...namun alhamdulillah itu tidak terjadi kpd sy...mmg pd awalnya fmly agak sedih and kurang menerima, ianya kerana dorang takut jika sy mjadi seorang islam, sy akan tinggalkan dorang, melupakan dorang...namun kuasa Allah, lama kelamaan dorang dpt menerima sepenuhnya, siap bg nasihat lg utk menjadi umat islam yg benar2 seperti sepatutnya...
Bersyukur sgt sbb sy tidak menghadapi halangan yg kuat dr ahli family, cuma di awal dulu nenek and mak cik yg tlh mbesarkan sy yg agk berat utk menerima hakikat sy sudah islam,,,alasanya spt yg sy ckp td,,dorang takut sy tdk lg pulang ke rumah and memutuskan hbgn dgn dorang...sbnrnya itu bukan salah dorang, kerna dr pengalaman2 yg berlaku di kampung, kebanyakan dorang yg memeluk agama islam pasti akn meninggalkan fmly dorang, xbalik rumah, xnak makan sama, guna barang asing2...benda tu mmg terjadi, so bkn slh dorang utk takut sy pon jadi mcmtu..
Namun alhamdulillah lepas sy slalu balik, sentiasa berhubung and buat apa yg slalu sy buat dgn dorang, so dorang dpt terima...sy yakin apa yg sy lakukan aldh betul, sbb masa sy pergi PERKIM, sy dah di ajarkan and dah dijelaskan tentang perkara yg sepatutnya sy lakukan apbl bersama dgn keluarga, tidak byk beza sgt pon, cuma menjaga apa yg sepatutnya, halal haram itu tetap di jaga dgn cara yg sepatutnya agar tidak menyinggung hati keluarga...hati family kene jaga kerna walaupon belainan agama tp dorang ttp family, dari darah daging yg sama, and paling penting, spt yg telah ustaz di PERKIM ingatkan, keutamaan mak and ayah adalah sgt2 penting, mereka tetap mak and ayah sy sampai bila2 and tidak akn terputus samapi ke akhir hayat...
InyaAllah selagi sy waras, sy tidak akan sesekali melupakan and menghindari seluruh family sy...sy mengharapkan sesiapa pon yg baca ni, sama2 doakan sy utk mjadi seorang umat islam yg seharusnya,,doa kalian amat bermakna buat sy, and insyaAllah hnya Allah yg dpt membalas kebaikan doa kalian...amin...
Okeyla, da panjang lebar nih,,,nanti lain hari sy tulis heee...xoxo..:)